cruel summer in Taiwan

 Like literally CRUEL! 

I couldn't tolerate with the weather bruh. Yeah serve me right. Nak sangat tiket murah, hadap je lah cuaca panas-panas tu. Balik Malaysia memang rentung muka aku 💀

Nevertheless, I loved it! I loveeeee Taiwan!!! Taiwan got my heart. I'll definitely come back again when the weather is nice. Spring would be good. 

It was a great experience. Dapat rasa musim panas. So dah boleh agak kalau summer kat Japan & Korea macam mana. Memang sangat panas ya. Tak boleh bincang. Memang kau perlu bawa kipas sebesar alam kalau boleh. Suhu paling rendah pun 29c ok. So betul la apa yang aku duk baca review-review orang yang travel musim panas kat Asia ni. Bila dah rasa sendiri, memang azab. Hahaha. Panasnya tak sama macam Malaysia. Panas kat sana takde angin. Sini boleh la rasa sikit angin-angin tu. Memang berkicap ya. Rasa melekit satu badan. Nak jalan lama-lama pun rasa tak syok. Ada juga hari yang aku terpaksa cancel tempat nak pergi tu sebab tak tahan panas dan penat gila badan. Mental pun koyak. 

Tapi rasa panas tu dapat disejukkan dengan view Taiwan yang sangat cantik! Really matched with my vibe 😎 I mean, look at these;

📍Yehliu Geopark



📍Ruifang Old Street
📍Jiufen Old Street




📍Hinoki Village
📍Alishan National Scenic Area


📍Sun Moon Lake



📍Qingtiangang Grassland

📍Tiaoshi Bus Stop

📍Shifen Old Street

📍Ximending

📍Taipei 101

Cantik kan??!! 
If you got a chance one day, please put Taiwan in your bucket list. 
Harga tiket flight pun tak mahal sangat. Just avoid summer. Panas, hujan and typhoon. Hari tu Alhamdulillah, walaupun cuaca panas gila, tapi tak hujan and takde typhoon. Last day tu macam mendung sikit. Aku pergi end of July-early August. 

And rezeki juga dapat pergi ke Alishan Forest. Cause that was the only reason me and brother wanted to come here. Alishan was the highlight of our trip. Memang rasa ralat kalau pergi Taiwan tapi tak singgah Alishan. Memang time tu rezeki sangat-sangat dapat pergi. Alhamdulillah. 

Nak dijadikan cerita, a day before nak pergi Alishan tu, staff hotel inform kami yang Alishan sekarang tak boleh pergi sebab kejadian typhoon beberapa hari sebelum tu. Aku pula memang tak baca dah news and info dalam group Facebook Taiwan Travel Planning. Bila aku buka Facebook and barulah tahu yang memang Alishan tak dapat masuk dengan public transport. Memang rasa frust sangat time tu. 
So try buat backup plan pergi tempat lain. Tiba-tiba, esoknya time nak naik bas tu, ada uncle ni bagitahu Alishan dah boleh pergi dengan bas. Kitaorang pun apa lagi, terus naik bas untuk ke Alishan. Perjalanan memakan masa 2.5 jam but trust me it was all worth it. Cantikkkkk sangat view Alishan. And sejukkk. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki ini. 

Kalau nak tahu itinerary and budget aku ke Taiwan, boleh tengok di ig highlights aku yaa. 
Segala tips and tricks and how aku plan my itinerary ni aku refer di Facebook Taiwan Travel Planning & Facebook Backpacker Buddies Malaysia  Page ni sangat-sangat membantu untuk plan itinerary. Kadang-kadang ada juga tengok tips-tips kat Tiktok. 

Dalam itinerary tu antara tempat yang aku cover : 
  • 7 Eleven One Piece,
  • Yehliu Geopark
  • Shifen Old Street
  • Jiufen Old Street
  • Ruifang Old Street
  • Tiaoshi Bus Stop
  • Ximending
  • Taipei 101
  • Takemura Izakaya
  • Taipei Metropolitan Park
  • Sun Moon Lake
  • Taipei Grand Mosque

Ada beberapa tempat yang aku tak sempat cover :
  • Painted Anime Lane, Taichung
  • Monster Village, Taichung
  • Gaomei Wetland, Taichung
  • Heping Island
  • Huotong Cat Village
  • Wulai 
Tempat yang aku rasa boleh skip is Sun Moon Lake. Kat situ macam kau naik feri ke Langkawi je. Kat situ macam ada je pekan dia tapi sebab muslim kan, so memang banyak benda tak boleh nak makan, so macam rasa beshe beshe je. Aktiviti yang biasa orang buat kat sana adalah naik basikal pusing-pusing lake tu. And ada juga naik boat boat kayuh tu. Mungkin rasa tak best sebab cuaca panas kot. Nak buat apa pun malas. Hahaha. Untuk Sun Moon Lake tour tu nanti kita akan naik boat pastu dia akan bawa kita ke 3 checkpoint. Kat checkpoint tu ada lah pekan. Ada satu checkpoint tu singgah temple je. Tu je. As first timer, okay lah buat rasa-rasa. 

Perbelanjaan kat sana bagi aku lebih kurang je macam Malaysia. Aku ada baca tips, dalam sehari at least kena ada 1000 TWD. Around RM 150 camtu. Aku hari tu ada 6000 TWD je dalam masa 8 hari. Still ada lebihan. Boleh cukup-cukup untuk buat bayar some entrance fees, makan, beli kat convenience stores, shopping oleh-oleh sikit. 
Total budget aku ke Taiwan hari tu around RM3,000 for 10 days. 

Apa yang aku suka pasal Taiwan ni, dia punya transport sistem sangat lah efisyen! Pergerakan aku ke tempat yang dituju tu banyak naik bas. Kadang-kadang naik train. Nak pergi mana-mana just google je nanti akan keluar cara nak pergi, nak naik bas nombor berapa, nak turun kat mana. Memang senang sangat. Sama macam pergi Korea dulu. Bayar tambang guna kad touch and go dia, yang dipanggil Easy Card. literally easy. just touch n go. Tak cukup balance boleh topup kat mesin dia kat subway station or boleh juga topup di conveniece stores. Aku kira-kira hari tu belanja easy card aku around RM 150-200 gitu. Okay la for 10 days. 






Lagi satu, Taiwan ni bagi aku sangat solo traveler friendly. Selamat je kalau kau nak solo travel ke Taiwan,  sebab mudah ada public transport. Sesat pun no problem. Boleh naik turun bas atau train untuk ke station yang betul. Boleh juga minta tolong locals. Aku hari tu pernah tersalah naik bas untuk ke mana ek, Shifen Old Street kot. Bas yang aku naik tu dari Tiaoshi and dia tak lalu jalan yang nak ke Shifen. Aku salah nombor bas. Lepastu, driver bas tu tolong dropkan kami di next stop and bagi note untuk naik bas nombor berapa. Xie xie uncle. 

Makanan kat sana pula bagi aku, kalau kau duk area bandar Taipei memang senang je nak cari kedai halal tapi kalau dah keluar dari Taipei susah la nak jumpa. Memang cari indomie je la kat family mart hahaha. And noodles-noodles kat sana bagi aku rasa dia agak bland sikit. Kalau kau jenis suka pedas, boleh consider bawa chili flakes dari Malaysia ya. Hari tu aku order beef noodles kat Lao Chang Beef Noodle, order yang spicy tapi tak berapa nak spicy lah hahaha. Selain noodles, ada juga Toko Indonesia kat sini, kedai Turkish pun ada. 


📍Xing Fu Tang Taiwan

📍Uncle Ma's

Tanghulu kat Ximending 


📍50 Lan

📍Toko Indonesia Nur Hidayah, Ruifang

Lao Chang Beef Noodles


Family mart


Peanut Ice Cream


Surau disediakan di Toko Nur Hidayah 🙌



Hari tu ada orang tanya, antara Korea & Taiwan mana lagi best. I would say Taiwan. Entah la tak tau nak cakap reason macam mana, ada sesuatu pasal vibes Taiwan ni yang takde pada Korea. Mungkin the locals kot. Ada beza sikit. Macam Seoul tu aku dah tak rasa nak datang lagi. Tapi Taiwan ni walaupun Taipei tu lebih kurang je macam Seoul tapi aku suka sini. Nak datang lagi. Hehe. Next time datang nak cover tempat yang tak sempat cover and nak pergi Taroko Park. Sekarang masih lagi tutup operasi sebab earthquake tahun lepas. InsyaAllah, semoga aku diberi keizinan dari segi masa, tenaga dan kewangan untuk kembali ke Taiwan. 

See you again Taiwan 💙















Comments

Popular Posts