Hanya mampu merancang

 Dan berfantasi. 

Begitulah pengakhiran kisah fantasi dan angan-angan aku dalam misi confession ke crush aku. Kahkah. 

Plan bukan main lama lagi, sebulan yang lalu duk plan. Nak buat macam ni, nak buat macam tu, kalau kena reject nak kena buat apa, kalau diterima nak kena buat apa. Akhirnya, takda apa-apa pun. Bagaikan angin yang berlalu pergi. 

Taktahu la sampai ke tak hasrat hati ini ke tangan si dia. Berbekalkan modal beberapa ketul ayam Kyochon dan sepucuk surat, lalu dititipkan barang itu di sebuah kedai mamak di tepi lift lobby rumahnya, dan aku bagitahu si dia aku singgah dropkan makanan di kedai mamak tu, si dia pula kata dia takda kat rumah, macam tu je musnah harapan aku, hahaha. 

Sampai situ je la isi ceritanya, the rest is history. 

Namun, di awal pagi hari kejadian lagi aku macam sudah dapat petunjuk bahawa benda ni takkan berjalan dengan smooth dan aku anggap ini adalah jawapan Allah kepada aku bahawa si dia bukanlah orang yang tepat untuk aku. 

Sedikit sedih, namun aku harus reda dengan kententuanNya. Lalu aku give up. 

Tak nak dah fikir cari pasangan. Sebab aku dah berjanji dengan diri sendiri, si dia ni lah orang last aku nak kejar dan usaha untuk dapatkan, lepas ni aku tak nak fikir dah. 

Tak kahwin pun takpe lah. Fokus akhirat saja.

Wah. 




*hey you, kalau awak baca ni, ya awak. Saya suka awak, tapi awak bukanlah jodoh saya mungkin, so saya berambus saja. Selamat tinggal, semoga baik-baik saja* 



Comments

Popular Posts